Alpa

Mungkin.. setiap daripada kita merasakan perkara yang sama. Merasakan 'kurang' berbanding yang lain.

Mungkin.. kita juga sering kali terlupa untuk bersyukur. Kita terlalu memandang rendah terhadap apa yang kita punya walhal semuanya cukup terhidang dan tidak pula kita merasakan susah kerana hal tersebut.

Cuma.. mungkin hati ini terlalu tamak mahukan perkara yang orang lain ada, yang kita kira ‘lebih’.

Dan aku fikir, mungkin kita patut menyenaraikan apa yang kita punya dan capai, berbanding berterusan melihat dan mengagumi kepunyaan orang lain.

Cuba perihalkan diri sendiri tanpa meletakkan perkataan 'belum’, 'tiada’, atau perkara yang melibatkan individu lain. Tulislah hanya tentang diri kita - mungkin dengan ini akan mengajar untuk lebih bersyukur.

Comments

Popular posts from this blog

still walking

Procrastination? Yeah, kind of.

professionalism